Sunday 2 December 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aktiviti untuk garisan berlingkar. Garisan berlingkar tu macam mana? Seperti ubat nyamuk yang berasap-asap. Lolipop pon ada juga garisan berlingkar ni. Jom buat aktiviti ini bersama anak atau murid yea.
google.com
Aras : Sederhana
Sasaran umur : 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun
Masa : 20 minit
Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :- Mengenali garisan berlingkar sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan berlingkar. Menghasilkan garisan berlingkar secara kreatif melalui pemerhatian. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan bulat. Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.
Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan gula-gula lolipop.
Persediaan guru : Menyediakan gula-gula lolipop yang mempunyai corak garisan berlingkar dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.
Prosedur : Guru mengumpulkan kanak-kanak.
Guru menunjukkan gula-gula lolipop kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak yang ada pada gula-gula lolipop.
Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
Guru membuat demonstrasi melukis garisan berlingkar.
Minta kanak-kanak imbas kembali corak yang ada pada gula-gula lolipop dan melukis garisan berlingkar.
Kanak-kanak mempamerkan mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.
Cadangan : Selain gula-gula lolipop, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan berlingkar serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.
Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan berlingkar.
google.com Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.

0 comments:

Post a Comment