Friday 5 October 2012

Aktiviti

Salam 1 Malaysia

Tajuk  :  Rantai kertasku menawan

Objektif  :  Pada akhir pembelajaran murid dapat :

                 - menggunakan jari untuk menggunting dan membuat rantai kertas
                 - menggunakan psikomotor halus untuk melukis gambar sebagai hiasan rantai.

Tempoh masa  :  40 minit

Bahan  :  Kertas A4 pelbagai warna, stepler, gunting, kad gambar dan pensel warna.

Tunjang utama  :
BM 1.1.2      Mendengar arahan mudah dan memberi respon dengan bimbingan

Tunjang yang disepadukan   :
PFK 1.1.15    Menggunakan jari untuk menggunting menghasilkan satu bentuk
KTI  1.1.4      Memilih pelbagai bahan untuk penghasilan karya
KTI  1.1.5      Mewarna gambar dalam ruang tertentu
LST 2.1.5       Memerhati warna-warna di persekitaran dan mengenalpasti warna.


Perbendaharaan Kata  :
warna (semua jenis warna), rantai, kertas, gunting,cantik

Langkah-langkah pengajaran  :
Pendahuluan/Set Induksi (situasi di luar kelas)4
1.  Guru membawa bakul yang berisi rantai kertas yang telah disiapkan terlebih dahulu.
2.  guru meminta seorang murid menarik rantai tersebut dan ditunjukkan kepada rakan lain.
3.  Guru bersoaljawab dengan murid :

  •      "Cuba lihat apa yang cikgu pegang?"
  •      " Apa bentuk rantai ini?"
  •      "Mari kita kira berapa bulatan yang terdapat pada rantai ini?"
  •      "Apakah warna yang terdapat pada rantai ini?'
  •      "Mari kita cuba lakukan bersama-sama"
4.   Guru menunjukkan cara-cara membuat rantai kertas kepada murid.

Aktiviti  :
  1. Guru membahagi murid kepada 4 kumpulan dan memberi peralatan yang secukupnya.
  2. Murid melukis tekapan gambar yang guru sediakan dan menggunting kertas warna yang pelbagai warna mengikut garisan yang telah dibuat oleh guru kemudian,murid menyambung pangkal dan hujung kertas dengan stepler
4. Ulang langkah di atas dengan menyambungkan setiap kertas berselang warna /pola.

Penutup  :

     1.Setelah selesai minta murid menunjukkan hasil kerja mereka kepada rakan - rakan lain.                
        Memberi pandangan tentang hasil kerja rakan.
     2.Guru mempamer hasil kerja murid di dalam kelas.


Catatan  :

Pastikan guru menerangkan langkah-langkah keselamatan ketika menggunting dan menggunakan stepler.


*** rakan-rakan bolehlah menberi cadangan lain untuk penambahbaikan aktiviti ini.  Sekian.











0 comments:

Post a Comment