Monday, 19 November 2012
Aktiviti Prasekolah
TAJUK : "CONGKAK"
OBJEKTIF :
Di akhir pelajaran murid dapat :
Belajar mematuhi disiplin ketika bermain dengan rakan sebaya. Latihan mengira dalam lingkungan 1-50.
TEMPOH MASA : Tiada had masa yang ditetapkan
BAHAN : Biji getah/Guli
TUNJANG UTAMA : SAINS DAN TEKNOLOGI (matematik)
TUNJANG YANG DISEPADUKAN :
- KOMUNIKASI
- KETRAMPILAN
- KEMANUSIAAN
LANGKAH PENGAJARAN :
1. Guli, batu kerikil kecilatau buju getah boleh dijadikan buah congkak.
2. Pemain menggali lubang bagi membuat gelanggang permainan.
3. Setiap pemain memasukkan 7 biji buah congkak ke dalam setiap lubang.
4. Permainan dimulakan serentak dan setiap pemain berusaha untuk menambah bilangan buah congkak di dalam lubang rumah masing-masing.
5. Permainan berterusan sehingga tiada lagi buah congkak kecuali yanhg berada di rumah masing-masing.
Permainan ini mengambil masa yang agak lama dan pemain yang berjaya memungut buah congkak yang paling banyak dianggap memenangi permainan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment