Tuesday, 11 December 2012
Bermasalah Dalam Menyediakan Bahan Bantu Mengajar?
Jawapannya amat mudah. Dapatkan gambar-gambar secara percuma di sini. Hanya perlu cetak dan tuliskan teks yang diperlukan. Murah dan menjimatkan. Apa tunggu lagi?
Free clip art gallery, with holiday, school, seasonal, and office graphics, as well as animations and links to stock photo galleries.
http://www.barrysclipart.com
Free School Clipart: Looking for free clipart for your school projects? ... Clipart.com. Clip-art.com. Animation Factory. Photos.com. Graphics.com. Barry's Free ...
http://www.freeschoolclipart.com
... clipart images, animations, illustrations, photos and videos ... Thousands of Lesson Plans, Webquests, Worksheets and more..all free.
http://www.classroomclipart.com
Collection of 3D animated GIFs that work in email, web pages, and presentations.
http://www.animfactory.com
Free clip art, animations, graphics, and other web page development resources. Search or browse holiday, kids', animal, or office images.
http://www.clipartconnection.com
Thousands of free, high quality clipart images for download, all sorted in 100's ... Join Clipart.com For Access To 6 Million Images ...
http://www.free-graphics.com/clipart
Awesome Clipart for Educators, FREE clipart, coloring pages, backgrounds, fonts, ... Awesome Clipart fWonderful FREE holiday themed clipart (and more) for you to use on your websites! ... of images by subscription. All Free Original Clipart - over 30,000 images ...
http://www.myfreeclipart.com
Free Clipart, Images, Photos, Fonts, Icons, backgrounds ... The clipart pictures, animations and roll-overs are free for non-commercial use. ...
http://www.freebyte.com/clipart_images_photos_icons
Browse Fresher Image.com for archives of free clipart images, animations, icons, and backgrounds.
http://www.free-clip-images.com
Visit Discovery Channel's clip art galley to choose from hundreds of original clip art pieces, including animations.
http://www.school.discovery.com/clipart
... collection of over 40,000 free clipart,images, illustrations and photographs, in ... for Free Clip art, Illustrations and Photographs. Clipart Clipart and ...
http://www.classroomclipart.com
Clipartheaven.com beautiful full colour free clipart, over 22,000 free clip art images ... with Free Clipart " Read Terms of Use. Christmas Clipart. Agriculture ...
http://www.clipartheaven.com
Free buttons, templates, backgrounds and quality clip art. Search for clipart through a graphics search engine, or browse through the categories.
Ace Clipart
Archive of fonts, icons, web graphics, backgrounds, and much more.
http://www.coolarchive.com/linkus.php
Over 1,500 clip art images that may be displayed on family-safe personal web sites only.
http://www.thekidzpage.com/freekidsclipartor Educators has FREE educator clipart, coloring pages.
Thursday, 6 December 2012
Melakar huruf/nombor di atas pasir.
Assalamualaikum.
Hari ini rasa penat sikit. Banyak kerja yang kena buat, mana nak siapkan assignment, masuk forum, kerja sekolah, urusan anak-anak dan macam-macam. Walau apapun, hari ini saya nak kongsi macammana nak kenalkan huruf pada murid. Banyak cara boleh dilakukan seperti meminta murid menunjukkan kad huruf, atau melakar huruf di atas pasir. Cuba lihat gambar ni yea...
Kita boleh gunakan cara ini untuk murid supaya murid boleh mengingat bentuk huruf dan teknik membuat huruf dengan betul.
Jom, hari ini kita buat kambing biri-biri menggunakan teknik tampalan menggunakan kapas.
Menampalkan kapas di atas lakaran kambing biri-biri supaya kapas menjadi bulu kambing biri-biri. .
Bidang: Tunjang Fizikal & Estetika - Kreativiti
Jenis Objek: Imej
Domain: Kognitif
Bentuk Kurikulum Prasekolah
KURIKULUM BERBENTUK MODULAR
•Kurikulum yang berbentuk modular merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit,bahagian atau unit ini dinamakan modul.
DUA JENIS MODUL
•Modul Teras Asas
•Modul Bertema
Modul Teras Asas
•Bahasa Malaysia
•Bahasa Inggeris
•Bahasa Cina/Bahasa Tamil
•Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
•Matematik
•Aktiviti di Luar (Outdoor activity)
Modul Bertema
•Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan/peristiwa seharian kanak-kanak.
Justifikasi penggunaan modul
•Bersifat dinamik
pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan kurikulum
• Pelaksanaan p & p yang fleksibel
Guru ada pilihan menggunakan modul mengikut kesesuaian
Monday, 3 December 2012
Sunday, 2 December 2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Aktiviti untuk garisan berlingkar. Garisan berlingkar tu macam mana? Seperti ubat nyamuk yang berasap-asap. Lolipop pon ada juga garisan berlingkar ni. Jom buat aktiviti ini bersama anak atau murid yea.
google.com
Aras : Sederhana
Sasaran umur : 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun
Masa : 20 minit
Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
Mengenali garisan berlingkar sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan berlingkar.
Menghasilkan garisan berlingkar secara kreatif melalui pemerhatian.
Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan bulat.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.
Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan gula-gula lolipop.
Persediaan guru : Menyediakan gula-gula lolipop yang mempunyai corak garisan berlingkar dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.
Prosedur :
Guru mengumpulkan kanak-kanak.
Guru menunjukkan gula-gula lolipop kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak yang ada pada gula-gula lolipop.
Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
Guru membuat demonstrasi melukis garisan berlingkar.
Minta kanak-kanak imbas kembali corak yang ada pada gula-gula lolipop dan melukis garisan berlingkar.
Kanak-kanak mempamerkan mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.
Cadangan : Selain gula-gula lolipop, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan berlingkar serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.
Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan berlingkar.
google.com
Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Slot ini sesuai digunakan untuk minggu orientasi.
GETTING TO KNOW YOU & ME
NAME OF ACTIVITY : Activity 1 (Name game)
Communication – English Language
Standard : Listening and speaking skills
INTEGRATED STRANDS
PSE 2.2.Menunjukkan semangat dan sifat positif
CONTENT STANDARD
BI:1.2 : Listen to and understand meaning of simple words
LEARNING STANDARD
BI 1.2.5: Listen to and repeat greetings
BI 1.2.6 Listen to and repeat verbally to greetings.
TEACHING MATERIALS
CD Happy Birthday music, CD Player
PROCEDURES
1. Pupils sit in a circle holding hands.
2. Teacher introduces herself / himself, “ My name is -------“
3. Teacher then sings a song using her name;
“My name is ----------. My name is ------------. “ to the tune of Happy Birthday Song)
4. Teacher repeats the song several times.
5. Pupils start introducing themselves one by one using the same tune,
“My name is --------“, My name is ---------“
6. Pupils form two circles with the pupils in the inner circle facing the pupils in the outer pupils.
7. Pupils in the outer circle sing and introduce themselves to the friend facing them.
8. Pupils in the outer circles move in a clockwise direction to face a new friend. Continue to introduce self until all the pupils have introduced themselves.
kurikulum prasekolah
KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Perkembangan murid akan dapat dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu. Komponen tersebut adalah seperti berikut:
1. Bahasa dan Komunikasi
2. Perkembangan Kognitif
3. Kerohanian dan Moral
4. Perkembangan Sosioemosi
5. Perkembangan fizikal
6. Kreativiti dan Estetika
Wednesday, 28 November 2012
Tuesday, 27 November 2012
Wednesday, 21 November 2012
Tuesday, 20 November 2012
Latihan literasi.
Latihan ini boleh juga digunakan untuk murid prasekolah.
Modul Literasi Murid Unit 1
Monday, 19 November 2012
Aktiviti Prasekolah
TAJUK : "CONGKAK"
OBJEKTIF :
Di akhir pelajaran murid dapat :
Belajar mematuhi disiplin ketika bermain dengan rakan sebaya. Latihan mengira dalam lingkungan 1-50.
TEMPOH MASA : Tiada had masa yang ditetapkan
BAHAN : Biji getah/Guli
TUNJANG UTAMA : SAINS DAN TEKNOLOGI (matematik)
TUNJANG YANG DISEPADUKAN :
- KOMUNIKASI
- KETRAMPILAN
- KEMANUSIAAN
LANGKAH PENGAJARAN :
1. Guli, batu kerikil kecilatau buju getah boleh dijadikan buah congkak.
2. Pemain menggali lubang bagi membuat gelanggang permainan.
3. Setiap pemain memasukkan 7 biji buah congkak ke dalam setiap lubang.
4. Permainan dimulakan serentak dan setiap pemain berusaha untuk menambah bilangan buah congkak di dalam lubang rumah masing-masing.
5. Permainan berterusan sehingga tiada lagi buah congkak kecuali yanhg berada di rumah masing-masing.
Permainan ini mengambil masa yang agak lama dan pemain yang berjaya memungut buah congkak yang paling banyak dianggap memenangi permainan ini.
Sunday, 18 November 2012
Aktiviti Prasekolah
Perkembangan Artistik kanak-kanak.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Perkembangan artistik Georges-Henri Luquet (2001), Al Hurwitz dan Michael Day (1995), Viktor Lowenfeld (1947) dan Betty Edwards (1989) memperjelaskan tahap-tahap perkembangan artistik kanak-kanak. Tahap-tahap ini secara umumnya berbeza namun mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah perkembangan artistik kanak-kanak bermula daripada peringkat contengan (scribbling).
Perkembangan artistik Georges-Henri Luquet (2001) dibahagikan kepada empat tahap. Tahap pertama, Realisme Kebetulan (Fortuitous Realism). Tahap kedua, Realisme Gagal (Failed Realism). Tahap ketiga, Realisme Intelek (Intelectual Realism) dan tahap keempat, Realisme Visual (Visual Realism).
Perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995) dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap pertama untuk kanak-kanak dua hingga empat tahun iaitu tahap manipulatif atau zaman awal kanak-kanak. Tahap kedua untuk kanak-kanak enam hingga sembilan tahun iaitu tahap membuat simbol. Tahap ketiga untuk kanak-kanak sepuluh hingga tiga belas tahun iaitu tahap pra remaja. Bagi kanak-kanak di taska, tadika, tahun satu dan dua sekolah rendah, mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day dari tahap satu hingga permulaan tahap dua.
Perkembangan artistik Viktor Lowenfeld (1947) dibahagikan kepada enam tahap. Tahap pertama untuk kanak-kanak dua tahun iaitu tahap contengan (scribbling stage). Tahap kedua untuk kanak-kanak tiga hingga empat tahun iaitu tahap pra skematik (The preschematic stage). Tahap ketiga untuk kanak-kanak enam tahun iaitu tahap skematik (The schematic stage). Tahap keempat untuk kanak-kanak lapan hingga sepuluh tahun iaitu tahap kumpulan : permulaan realisme (The gang stage : The dawning realism). Tahap kelima untuk kanak-kanak dua belas tahun iaitu tahap pseudo-naturalistik (The pseudo-naturalistic stage) dan tahap keenam untuk remaja empat belas hingga enam belas tahun iaitu waktu untuk membuat keputusan (The period of decision). Bagi kanak-kanak di taska, tadika, sekolah rendah mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Viktor Lowenfeld dari tahap satu hingga tahap empat.
Perkembangan artistik Betty Edwards (1989) dibahagikan kepada tujuh tahap. Tahap pertama untuk kanak-kanak dua tahun iaitu tahap contengan (The Scribbling stage). Tahap kedua untuk kanak-kanak tiga tahun iaitu tahap membuat simbol (The stage of symbols). Tahap ketiga untuk kanak-kanak empat tahun iaitu menyampai cerita menerusi gambar (Pictures that tell stories). Tahap keempat untuk kanak-kanak empat hingga enam tahun iaitu melukis pemandangan alam semulajadi (The Landscape). Tahap kelima untuk kanak-kanak lapan tahun iaitu tahap kompleks (The stage of complexity). Tahap keenam untuk kanak-kanak sepuluh tahun iaitu tahap realism (The stage of realism) dan tahap ketujuh untuk kanak-kanak dua belas tahun iaitu tempoh krisis (The crisis period). Bagi kanak-kanak di taska, tadika, tahun satu dan tahun dua sekolah rendah, mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Betty Edwards dari tahap satu hingga tahap lima.
Berdasarkan tahap-tahap perkembangan artistik Victor Lowenfeld dan Betty Edwards, pada usia dua tahun, lukisan kanak-kanak adalah di tahap contengan. Mengikut Victor Lowenfeld, kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun adalah di tahap pra skematik manakala mengikut Betty Edwards, kanak-kanak yang berusia tiga tahun di tahap membuat simbol dan kanak-kanak yang berusia empat tahun dapat menyampaikan cerita menerusi gambar. Pada usia enam tahun, mengikut Victor Lowenfeld, kanak-kanak berada di tahap skematik manakala mengikut Betty Edwards, kanak-kanak pada usia enam tahun dapat melukis pemandangan alam semulajadi. Pada usia tujuh dan lapan tahun mengikut Al Hurwitz dan Day, perkembangan artistik kanak-kanak adalah di tahap membuat simbol. Mengikut Victor Lowenfeld, kanak-kanak berusia lapan tahun adalah di tahap permulaan realisme. Betty Edwards pula mengatakan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak yang berusia lapan tahun adalah di tahap kompleks.
Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Wednesday, 14 November 2012
Monday, 12 November 2012
Apa perasaan anda jika menerima murid yang hiperaktif semasa hari pendaftaran murid?
- seronok?
- sedih?
- tidak suka?
dan banyak lagi perasaan mungkin akan timbul. Namun sebagai seorang guru yang profesional harus bijak menangani masalah ini. Cuba beri murid itu aktiviti yang disukai seperti bermain ketingting, lego, cantuman puzzle, congkak dan banyak lagi.
Sunday, 11 November 2012
sesi pengajaran dan pembelajaran
kekadang apabila banyak yang kita pelajari rasa semakin banyak yang kita tidak tahu. Rasa gelabah pun ada apabila banyak tugasan yang belum disiapkan.Apa pandangan rakan guru dalam pembinaan blog yang kiya buat sekarang. Pada saya banyak memberi pengetahuan kepada saya untuk mengakses maklumat dan mencari bahan, berkongsi idea dan banyak lagi. Seronokkan.
Saturday, 10 November 2012
Tuesday, 6 November 2012
Pantun
Pantun Ramadhan
****
Sinaran suria kianlah cerah,
..
Bertahun-tahun nikmat melimpahi,
..
Ramadhan tiba bulan barakah,
..
Mohon keampunan kepada Ilahi.
..
****
Berjalan ke Mekah dengan gembira,
Hala ke kaabah jangan ditunda,
Banyak ibadah kurangkan bicara,
pahala bertambah berlipat ganda.
****
Pasrah mujahid menghitung tasbih,
Halusnya buatan tasbih Kelantan;
Imarahkan masjid tunaikan tarawih,
Tadarus al-Quran jadikan amalan.
****
Orang bekerja tekun seharian,
Amalan berhutang menyusahkan diri;
Kurangkan belanja elak pembaziran,
Perbuatan syaitan jangan hampiri.
****
Nyalakan pelita penuh berhemat,
Hasrat bertaut di bawah cahaya;
Berdoalah kita minta selamat,
Dapat menyambut hari raya.
Saturday, 3 November 2012
indahnya alam fantasi kanak-kanak
Semasa aktiviti hujung tahun persekolahan, saya telah membuat aktiviti murid dalam tunjang fizikal dan estetika-kreativiti. Kanak-kanak amat seronok sekali menggunting sayap rama-rama untuk membuat rama-rama.
Monday, 8 October 2012
laman luahan rasa
Salam 1 Malaysia.
Hai kawan-kawan. Apa agaknya perasaan anda apabila dilawati oleh nazir? Beri pandangan anda.
Hai kawan-kawan. Apa agaknya perasaan anda apabila dilawati oleh nazir? Beri pandangan anda.
Friday, 5 October 2012
Aktiviti :
1. Kolaj gambar buah -buahan.
2. Puzzle cantuman gambar buah-buahan.
3. Permainan memancing buah-buahan menggunakan joran.
4. Makan buah-buahan kegemaran.
5. Membuat rojak buah.
6. Melukis gambar buah-buahan yang disukai.
7. Menganyam tikar bercorak buah-buahan.
8. Bermain teng-teng dan menyebut nama gambar buah yang dipijak.
9. Menyenaraikan nama buah-buahan di Malaysia.
10.Membuat dadih buah-buahan.
11.Membuat pancake (lempeng) pisang.
12.Membuat jemput-jemput pisang.
2. Puzzle cantuman gambar buah-buahan.
3. Permainan memancing buah-buahan menggunakan joran.
4. Makan buah-buahan kegemaran.
5. Membuat rojak buah.
6. Melukis gambar buah-buahan yang disukai.
7. Menganyam tikar bercorak buah-buahan.
8. Bermain teng-teng dan menyebut nama gambar buah yang dipijak.
9. Menyenaraikan nama buah-buahan di Malaysia.
10.Membuat dadih buah-buahan.
11.Membuat pancake (lempeng) pisang.
12.Membuat jemput-jemput pisang.
Aktiviti
Salam 1 Malaysia
Tajuk : Rantai kertasku menawan
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
- menggunakan jari untuk menggunting dan membuat rantai kertas
- menggunakan psikomotor halus untuk melukis gambar sebagai hiasan rantai.
Tempoh masa : 40 minit
Bahan : Kertas A4 pelbagai warna, stepler, gunting, kad gambar dan pensel warna.
Tunjang utama :
BM 1.1.2 Mendengar arahan mudah dan memberi respon dengan bimbingan
Tunjang yang disepadukan :
PFK 1.1.15 Menggunakan jari untuk menggunting menghasilkan satu bentuk
KTI 1.1.4 Memilih pelbagai bahan untuk penghasilan karya
KTI 1.1.5 Mewarna gambar dalam ruang tertentu
LST 2.1.5 Memerhati warna-warna di persekitaran dan mengenalpasti warna.
Perbendaharaan Kata :
warna (semua jenis warna), rantai, kertas, gunting,cantik
Langkah-langkah pengajaran :
Pendahuluan/Set Induksi (situasi di luar kelas)4
1. Guru membawa bakul yang berisi rantai kertas yang telah disiapkan terlebih dahulu.
2. guru meminta seorang murid menarik rantai tersebut dan ditunjukkan kepada rakan lain.
3. Guru bersoaljawab dengan murid :
4. Ulang langkah di atas dengan menyambungkan setiap kertas berselang warna /pola.
Penutup :
1.Setelah selesai minta murid menunjukkan hasil kerja mereka kepada rakan - rakan lain.
Memberi pandangan tentang hasil kerja rakan.
2.Guru mempamer hasil kerja murid di dalam kelas.
Catatan :
Pastikan guru menerangkan langkah-langkah keselamatan ketika menggunting dan menggunakan stepler.
*** rakan-rakan bolehlah menberi cadangan lain untuk penambahbaikan aktiviti ini. Sekian.
Tajuk : Rantai kertasku menawan
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
- menggunakan jari untuk menggunting dan membuat rantai kertas
- menggunakan psikomotor halus untuk melukis gambar sebagai hiasan rantai.
Tempoh masa : 40 minit
Bahan : Kertas A4 pelbagai warna, stepler, gunting, kad gambar dan pensel warna.
Tunjang utama :
BM 1.1.2 Mendengar arahan mudah dan memberi respon dengan bimbingan
Tunjang yang disepadukan :
PFK 1.1.15 Menggunakan jari untuk menggunting menghasilkan satu bentuk
KTI 1.1.4 Memilih pelbagai bahan untuk penghasilan karya
KTI 1.1.5 Mewarna gambar dalam ruang tertentu
LST 2.1.5 Memerhati warna-warna di persekitaran dan mengenalpasti warna.
Perbendaharaan Kata :
warna (semua jenis warna), rantai, kertas, gunting,cantik
Langkah-langkah pengajaran :
Pendahuluan/Set Induksi (situasi di luar kelas)4
1. Guru membawa bakul yang berisi rantai kertas yang telah disiapkan terlebih dahulu.
2. guru meminta seorang murid menarik rantai tersebut dan ditunjukkan kepada rakan lain.
3. Guru bersoaljawab dengan murid :
- "Cuba lihat apa yang cikgu pegang?"
- " Apa bentuk rantai ini?"
- "Mari kita kira berapa bulatan yang terdapat pada rantai ini?"
- "Apakah warna yang terdapat pada rantai ini?'
- "Mari kita cuba lakukan bersama-sama"
4. Guru menunjukkan cara-cara membuat rantai kertas kepada murid.
Aktiviti :
- Guru membahagi murid kepada 4 kumpulan dan memberi peralatan yang secukupnya.
- Murid melukis tekapan gambar yang guru sediakan dan menggunting kertas warna yang pelbagai warna mengikut garisan yang telah dibuat oleh guru kemudian,murid menyambung pangkal dan hujung kertas dengan stepler
Penutup :
1.Setelah selesai minta murid menunjukkan hasil kerja mereka kepada rakan - rakan lain.
Memberi pandangan tentang hasil kerja rakan.
2.Guru mempamer hasil kerja murid di dalam kelas.
Catatan :
Pastikan guru menerangkan langkah-langkah keselamatan ketika menggunting dan menggunakan stepler.
*** rakan-rakan bolehlah menberi cadangan lain untuk penambahbaikan aktiviti ini. Sekian.
Thursday, 4 October 2012
Wednesday, 3 October 2012
Tunjang Bahasa Malaysia- BM3.3.3 menyebut huruf konsonan dalam perkataan yang ditunjukkan.
Cuba lihat perkataan di bawah.
(murid membaca perkataan dan menyebut huruf konsonan dalam perkataan tersebut)
1. epal
2. tembikai
3. rambutan
Apakah huruf konsonan tersebut ?
Cuba sebutkan.
(murid membaca perkataan dan menyebut huruf konsonan dalam perkataan tersebut)
1. epal
2. tembikai
3. rambutan
Apakah huruf konsonan tersebut ?
Cuba sebutkan.
Monday, 1 October 2012
Lembaran Kerja
Namakan buah-buahan di bawah.
______________________________
_______________________________
_________________________________
________________________________
Subscribe to:
Posts (Atom)