Tuesday 20 November 2012

Monday 19 November 2012

Aktiviti Prasekolah

TAJUK : "CONGKAK" OBJEKTIF : Di akhir pelajaran murid dapat : Belajar mematuhi disiplin ketika bermain dengan rakan sebaya. Latihan mengira dalam lingkungan 1-50. TEMPOH MASA : Tiada had masa yang ditetapkan BAHAN : Biji getah/Guli TUNJANG UTAMA : SAINS DAN TEKNOLOGI (matematik) TUNJANG YANG DISEPADUKAN : - KOMUNIKASI - KETRAMPILAN - KEMANUSIAAN LANGKAH PENGAJARAN : 1. Guli, batu kerikil kecilatau buju getah boleh dijadikan buah congkak. 2. Pemain menggali lubang bagi membuat gelanggang permainan. 3. Setiap pemain memasukkan 7 biji buah congkak ke dalam setiap lubang. 4. Permainan dimulakan serentak dan setiap pemain berusaha untuk menambah bilangan buah congkak di dalam lubang rumah masing-masing. 5. Permainan berterusan sehingga tiada lagi buah congkak kecuali yanhg berada di rumah masing-masing. Permainan ini mengambil masa yang agak lama dan pemain yang berjaya memungut buah congkak yang paling banyak dianggap memenangi permainan ini.

renungan bersama

Sunday 18 November 2012

Semoga bahan ini dapat digunakan untuk sesi pengajaran tatabahasa kepada murid.

Sukukata KVK

Sukukata KVKV

Mari belajar sukukata KVKVKV

Aktiviti Prasekolah

Perkembangan Artistik kanak-kanak. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Perkembangan artistik Georges-Henri Luquet (2001), Al Hurwitz dan Michael Day (1995), Viktor Lowenfeld (1947) dan Betty Edwards (1989) memperjelaskan tahap-tahap perkembangan artistik kanak-kanak. Tahap-tahap ini secara umumnya berbeza namun mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah perkembangan artistik kanak-kanak bermula daripada peringkat contengan (scribbling).
Perkembangan artistik Georges-Henri Luquet (2001) dibahagikan kepada empat tahap. Tahap pertama, Realisme Kebetulan (Fortuitous Realism). Tahap kedua, Realisme Gagal (Failed Realism). Tahap ketiga, Realisme Intelek (Intelectual Realism) dan tahap keempat, Realisme Visual (Visual Realism).
Perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995) dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap pertama untuk kanak-kanak dua hingga empat tahun iaitu tahap manipulatif atau zaman awal kanak-kanak. Tahap kedua untuk kanak-kanak enam hingga sembilan tahun iaitu tahap membuat simbol. Tahap ketiga untuk kanak-kanak sepuluh hingga tiga belas tahun iaitu tahap pra remaja. Bagi kanak-kanak di taska, tadika, tahun satu dan dua sekolah rendah, mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day dari tahap satu hingga permulaan tahap dua.
Perkembangan artistik Viktor Lowenfeld (1947) dibahagikan kepada enam tahap. Tahap pertama untuk kanak-kanak dua tahun iaitu tahap contengan (scribbling stage). Tahap kedua untuk kanak-kanak tiga hingga empat tahun iaitu tahap pra skematik (The preschematic stage). Tahap ketiga untuk kanak-kanak enam tahun iaitu tahap skematik (The schematic stage). Tahap keempat untuk kanak-kanak lapan hingga sepuluh tahun iaitu tahap kumpulan : permulaan realisme (The gang stage : The dawning realism). Tahap kelima untuk kanak-kanak dua belas tahun iaitu tahap pseudo-naturalistik (The pseudo-naturalistic stage) dan tahap keenam untuk remaja empat belas hingga enam belas tahun iaitu waktu untuk membuat keputusan (The period of decision). Bagi kanak-kanak di taska, tadika, sekolah rendah mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Viktor Lowenfeld dari tahap satu hingga tahap empat.
Perkembangan artistik Betty Edwards (1989) dibahagikan kepada tujuh tahap. Tahap pertama untuk kanak-kanak dua tahun iaitu tahap contengan (The Scribbling stage). Tahap kedua untuk kanak-kanak tiga tahun iaitu tahap membuat simbol (The stage of symbols). Tahap ketiga untuk kanak-kanak empat tahun iaitu menyampai cerita menerusi gambar (Pictures that tell stories). Tahap keempat untuk kanak-kanak empat hingga enam tahun iaitu melukis pemandangan alam semulajadi (The Landscape). Tahap kelima untuk kanak-kanak lapan tahun iaitu tahap kompleks (The stage of complexity). Tahap keenam untuk kanak-kanak sepuluh tahun iaitu tahap realism (The stage of realism) dan tahap ketujuh untuk kanak-kanak dua belas tahun iaitu tempoh krisis (The crisis period). Bagi kanak-kanak di taska, tadika, tahun satu dan tahun dua sekolah rendah, mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Betty Edwards dari tahap satu hingga tahap lima.
Berdasarkan tahap-tahap perkembangan artistik Victor Lowenfeld dan Betty Edwards, pada usia dua tahun, lukisan kanak-kanak adalah di tahap contengan. Mengikut Victor Lowenfeld, kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun adalah di tahap pra skematik manakala mengikut Betty Edwards, kanak-kanak yang berusia tiga tahun di tahap membuat simbol dan kanak-kanak yang berusia empat tahun dapat menyampaikan cerita menerusi gambar. Pada usia enam tahun, mengikut Victor Lowenfeld, kanak-kanak berada di tahap skematik manakala mengikut Betty Edwards, kanak-kanak pada usia enam tahun dapat melukis pemandangan alam semulajadi. Pada usia tujuh dan lapan tahun mengikut Al Hurwitz dan Day, perkembangan artistik kanak-kanak adalah di tahap membuat simbol. Mengikut Victor Lowenfeld, kanak-kanak berusia lapan tahun adalah di tahap permulaan realisme. Betty Edwards pula mengatakan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak yang berusia lapan tahun adalah di tahap kompleks.
Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.

Monday 12 November 2012

Apa perasaan anda jika menerima murid yang hiperaktif semasa hari pendaftaran murid?

- seronok? - sedih? - tidak suka? dan banyak lagi perasaan mungkin akan timbul. Namun sebagai seorang guru yang profesional harus bijak menangani masalah ini. Cuba beri murid itu aktiviti yang disukai seperti bermain ketingting, lego, cantuman puzzle, congkak dan banyak lagi.

Sunday 11 November 2012

buah-buahan tropika

selingan minda murid prasekolah sebagai pengenalan pembelajaran di tahap 1

buah-buahan tropika

sesi pengajaran dan pembelajaran

kekadang apabila banyak yang kita pelajari rasa semakin banyak yang kita tidak tahu. Rasa gelabah pun ada apabila banyak tugasan yang belum disiapkan.Apa pandangan rakan guru dalam pembinaan blog yang kiya buat sekarang. Pada saya banyak memberi pengetahuan kepada saya untuk mengakses maklumat dan mencari bahan, berkongsi idea dan banyak lagi. Seronokkan.

Tuesday 6 November 2012

Pantun

Pantun Ramadhan **** Sinaran suria kianlah cerah, .. Bertahun-tahun nikmat melimpahi, .. Ramadhan tiba bulan barakah, .. Mohon keampunan kepada Ilahi. .. **** Berjalan ke Mekah dengan gembira, Hala ke kaabah jangan ditunda, Banyak ibadah kurangkan bicara, pahala bertambah berlipat ganda. **** Pasrah mujahid menghitung tasbih, Halusnya buatan tasbih Kelantan; Imarahkan masjid tunaikan tarawih, Tadarus al-Quran jadikan amalan. **** Orang bekerja tekun seharian, Amalan berhutang menyusahkan diri; Kurangkan belanja elak pembaziran, Perbuatan syaitan jangan hampiri. **** Nyalakan pelita penuh berhemat, Hasrat bertaut di bawah cahaya; Berdoalah kita minta selamat, Dapat menyambut hari raya.

Saturday 3 November 2012

Mendidik bukan tugas yang mudah. Justeru itu kita harus belajar untuk mengajar.......


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

indahnya alam fantasi kanak-kanak

       Semasa aktiviti hujung tahun persekolahan, saya telah membuat aktiviti murid dalam tunjang fizikal dan estetika-kreativiti.  Kanak-kanak amat seronok sekali menggunting sayap rama-rama untuk membuat rama-rama.


green and brown Gambar Rama Rama yang Sangat Cantik dan Menakjubkan